Saturday, 14 November 2009

mangkuk mangkuk

Skarang Kekla kat orthopaedics..okla..rilek betui so far, bila keja xdak..rasa sangap sampai tersentuk2 kepala and asyik menguap every 5 seconds

Tiap2 hari pukui 5 dah punch out, and dapat masak dinner untuk Bude almost every night! Rasa macam isteri mithali siuts!!

Ortho best sebab majority of MO and specialist BAIK GILA!!! Memang cool habis, tak takut nak tanya soalan ka apa.

Except this one specialist. Spoiler la jugak. Orang panggil dia malignant. Bude panggil dia Miss Mangkuk. Reason? She likes to call people mangkuk!

So whenever anyone enters Ortho, we each have a Mangkuk Count. Meaning, brapa kali in total kena panggil mangkuk.

So far mangkuk count Kekla zero lagi sebab tak penah jaga Miss Mangkuk ni punya patient.

Aparently boleh naik pangkat dari mangkuk biasa to mangkuk hayun, mangkuk tandas, magkuk jamban and when she’s trying (her best) to be funny, jadi mangkuk Astro ngan
mangkuk meggi(oh god, what bad sense of humour this lady has)

This Miss Mangkuk buat ward round every Wednesday. SO hari rabu last week kekla memang bangun awai gilaaa aa kan. Tak leh tidoq semalaman bebbb, Gelabah weihssssss takut tak sempat buat round tak pasai pasai kena mangkuk sebijik. Dupdapdubdap jantung.

Pastu turun laaa ngan lift 12 tingkat tu. Bajet cun boleh sampai awai dari besa.

So pakai helmet, bersedia nak naik moto

Tiba tiba, heroku kata

Sayang, I tertinggal stoken

Kekla macam….huh? am I hearing this right? “tinggal ape?"

Stoken. You tolong naik ambik boleh?

Oh god, this is not happening.

Eh mana boleh harini Miss Mangkuk buat round!!!

Habestu I nak pakai stoken ape?

You pinjam la stoken officemate you!

Mane ade orang bawak stoken extra pegi keje?!” Ha’ah ek. logik gak.Takkan nak share, sorang nak pakai sebelah kot.

You tak payah pak…” hmm tak pakai stokeng buruk pulak, macam pak aji kat kampung main dam kat kedai kopi. Nanti orang kata Kekla x pandai jaga suami pulak. Baru nak claim isteri mithali..

Pffttffffff..!Haii laki aku ni time ni pulak dia nak buat tetinggal stokinggg!! So berlari larilah kekla naik tingkat 12 sambil baca doa dalam hati.Skali bila dah sampai bawah, terambik stoking koyak kat tumit hahahaha buat buat x nampak lantak la asalkan ada stoking hehehe~~!


Luckily Miss Mangkuk good mood so tak kena mangkuk. Mungkinkah ini ganjaran buat isteri mithali...kekla redha..ceeeeeeewaaaaaaaaaah!

hehe

Kekla dapat cuti raya haji so boleh balik kampung yeay!!!

Ps: Jek, Kekla jumpa Mr Fazir..fuh penuh charisma! Tapi Specialist jek yang hensem tapi nama pelik tu takdak pun!!!! frust kekla!!

love,
Kekla

4 comments:

wan syamir said...

memang baik gila mr fadzil...masa last appointment ngan dia summer aritu, jek cakap kat dia nak keja bawah dia. dia ingat lagi kot.

syigha said...

tu la
dah la hensem
berkarisma pulak tu
mcm big boss yang power gila!

azri fickry said...

masa kat o n g dulu aku skali saja2 letak nama aku Mr Azri kat whiteboard.aku cool gile!!

syigha said...

Azri,
bunyi mcm orthopaedic surgeon buat delivery pulak, gile cool!
aku nak ngaku Madam Syira la mcm ni